Thursday, March 1, 2012

Aku Pencerita. Separuh Filem Separuh Dunia

Sering kali aku rasa macam serba salah bila dikaitkan dengan hukum-hukum islam.

Dalam pembikinan filem atau cereka atau apa sahaja. 

Pastu perlu adanya lakonan dan lain-lain.

Kadang-kadang aku terfikir. Berjayakah aku untuk menyampaikan apa yang harus aku sampaikan?

Berjayakah aku mengubah persepsi masyarakat tentang apa yang telah terjadi di dunia ini.

Apa yang aku cuma dapat sampaikan hanya Lisan dan tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan ia di dalam sebuah naskah yang berbentuk visual.

Sering kali aku tertanya-tanya. Islam ini boleh dikatakan semakin kuat di Malaysia ini.

Tetapi kuat dari golongan yang kita tidak pernah dengar. Contohnya banyak buku-buku hasil daripada penulis yang meluahkan perasaannya dan pandangan dan sudut perspektif islam sebagai satu gaya hidup.

Ustaz juga boleh dikatakan semakin 'Feymes' dengan adanya satu aliran baru yang bergelar YOUTUBE



Kenapa Filem? Kenapa Aliran ini yang kau ambil?

kalau nak dibandingkan secara psychology. Manusia lebih mudah memahami visual daripada teks.

Jika kita diberi buku yang banyak tulisan dan buku yang banyak gambar. Kita lebih tenang dan menarik nafas lega pada buku bergambar.

Begitu juga dengan konteks filem.

Mengikut survey..

10% daripada sebuah populasi negara sahaja yang membeli buku
Manakala 10% daripada pembeli buku itu sahaja yang membaca buku

Jika dibandingkan dengan TV dan SINEMA.

Rasanya tidak salah untuk saya menggunakan sebab ini untuk pembelajaran.

Tetapi, kadang-kadang sukar untuk berjuang dalam bekarya kerana golongan-golongan

'Bisnes' pasti akan ada yang mempertahankan hak dalam sesebuah produksi.

Kadang-kadang saya terfikir. Dunia ini lebih penting daripada wang yang diperolehi.

Anda boleh memiliki 2 atau mungkin 3 biji rumah di dunia.

Tapi adakah anda akan mendapat RUANG di tempat yang bernama SYURGA?

Berbalik kepada Filem...

Sememangnya kadang-kadang filem ini

Nampak tidak masuk akal. Kerana biasanya itulah yang terjadi.

Sering kali kita menonton filem yang menunjukkan orang terbang, kuasa keluar dari tangan yang berurat.

Memang kadang-kadang kita terhibur. Tapi biarlah terhibur setakat itu sahaja.


ISU YANG BENAR-BENAR MEMBUATKAN SAYA SEMAKIN MENGGEMARI FILEM

Satu hari saya diberitahu oleh rakan saya tentang Michael Jackson.

katanya ; "kau dah tengok youtube pasal symbolism dalam video Michael Jackson?"

"tak tahu. Kenapa?"

"Sebab apa satu dunia boleh suka dekat dia. Sedangkan. Kalau kau dengar. Lagu dia biasa-biasa je. Suara pun macam dengar tak dengar je."

Jadi pertanyaan ini membuat kan saya musykil. Saya menonton symbolism dalam youtube

Link seperti dibawah :



Subhanallah. Kita tidak pernah tahu. Bagaimana manusia yang bergelar Pop Star ini melawan arus Israel dengan hanya menggunakan muzik dan video klip.

Sememangnya banyak perkara yang masih kita tidak tahu.

Insyaallah dalam Post saya yang seterusnya akan saya bincangkan tentang Teknologi dan Manusia.

Yang Benar itu datang dari Allah S.A.T,
Yang Salah itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Assalamualaikum.

Sunday, February 5, 2012

Birthday Post Again

Well.. Hello guys! as usual..
Bila usia makin tua pun.
Aku menggatal heboh kat orang!
Hahahha.. tapi aku x heboh kat facebook or apa.
Just share dengan korang apa aku rasa bila umur aku semakin tua!

Damn! Aku semakin tua!
Tapi takpe. Tua pun hensem what.
Tembam sikit je.
Pergh!
Bak kata orang. Tembam itu bahagia...
SUPER!

Well... i'm turning 22 this year.
Sigh...
2012.
 Seriously aku semakin memandang ke arah masa depan.
Dulu masih terkapai-kapai.
Tak tahu apa kita nak untuk masa depan.
To be honest.. Dari umur aku
darjah 5 kot... aku x pernah sambut bday da..
Hahah..
rasanya everytime aku post pasal bday. Mesti aku akan cakap aku x sambut birthday..
Hahahaha

Tak pernah dapat rasa cane excited sambut bday tu.
hahahaha.. well..
What do u know...
Well i guess it depends...

PREVIOUS YEARS

- aku tak pernah terfikir nak mintak apa-apa pun bila bday aku sampai.
sebab.. tak tau nak apa.
Hahaha.. Mungkin bagi remaja-remaja lain. Diorang mintak gadgets and stuffs
Like Ipad, Blackberry and etc...

Well.
For me.. my previous year was my precious moment.
my wish was...
To hear a word from my sister.
itu je yang aku minta sepanjang tahun lepas.
Mungkin Kakak Aku tak boleh bersuara.
Tapi jauh di sudut hati, bila aku lihat matanya...
Aku dapat rasa yang dia bercakap dengan aku.
Benda yang paling tak dapat aku lupakan tahun lepas...
dan aku rasa doa aku dimakbulkan..
Apabila hari konvokesyen aku.

Hari konvo aku sedih beb.
Aku konvo sorang-sorang. Nasib ada kawan yang sanggup datang
Leo, Akram, Wan Syafiqah and Syeer.
Semua tanya "Danial. Parents kau mana?"
Aku senyum je and jawab "ada kat rumah"
"x datang ke?" diorang tanya balik...
Biarlah aku je yang tau benda tu.

Memang aku cakap kat parents aku tak payah datang.
Jaga Kakak. She's more important than my Konvo.
Sehari sebelum aku konvo.
Aku pakai jubah konvo,
masa tu mak dengan abah pergi makan.
Aku peluk kakak aku yang bed ridden tu.
Aku bisik kat telinga dia...
"kakak, danial dah grad! dah sama ada diploma dengan kakak! Nak tangkap gambar dengan kakak. Tapi kakak baring. Tak apa. Asalkan kakak tengok danial pakai jubah pun da cukup."

Tiba-tiba. Aku terkejut sangat bila tangan kakak aku yang x pernah bergerak tu.
Gosok kepala aku. Usap-usap macam tanda dia beritahu
"tahniah adik. Kakak sayang danial."
Tak tahu kenapa aku sedih dan menangis hari tu.
Memang hari konvo aku.. aku tak bercakap sangat pun dengan orang...

1 disember 2011.
Kakak yang paling aku sayang dan satu-satunya kakak aku..
Kembali ke rahmatullah.
Nur Qhistina binti Khairul Anuar.
If a person ask me what is greatest birthday present u've ever receive from your parents?
I'll proudly say "My sister"

Tahun ini. Aku mungkin meraikan hari jadi. Mungkin tidak...
Dan tahun ini jugalah. Aku bergelar Anak tunggal.
Well. I guess there's no present that is precious anymore.
But aku bersyukur sebab dapat hadiah tu selama 21 tahun.
Dan Aku puas jaga hadiah tu.



i miss taking pictures with you

i'll be remembering our 'sengal' moment together

i will always remember how we try to keep smiling

raya will not be the same without you



I LOVE YOU KAKAK.
AND I WILL ALWAYS PRAY FOR U..

AL-FATIHAH.

Wednesday, January 11, 2012

When Old Stories Came Back and There's a Refresh Button

Hei you readers! Yeah You!
I'm talking to You!
Naaah.. i think i'm talking to myself.
Talking bout love.
LOVE 
yes! LOVE!

well.. a person would probably thinks this is cliche.
but i think it's not.
Well.. i've been missing this 'Love'
since.. hurm let see..
i don't even remember.. 
the last time was on 2010.
And from that moment
i still seek for one..
when i almost got em.
I lost em. They run away..
Shit. 
yea. Shit happen..
and i stopped focusing on Love. 
Yeah.. i'm not saying i'm giving up.
But i stop looking for you.. Yes!

But i never stop praying for one.
And i think my prayers pays.
Thank You Allah....
I've lost a sister...
Yes.. One super cool sister...
and i miss her so much..

And for some reason
one person..
i don't know where did she came from.
But she was there.. all along..
not with me physically.
but with me spiritually.
and i feel...

CONNECTED

once again..
and that girl is

Fathiah Abd Nasir

i don't know where do come from.
but i'm lucky to have u.
U'r one of a kind
U may look small...
but you got 1001 stories behind you...
And believe me...
U'r a true inspiration...

Hope that.. ur what Ted Mosby called 'the one'
coz i don't want to tell stories to my kids bout how i met their mother for 7-8 season.
Anyway... Thank You coz accepting me in ur life...
:)

edited by : Fatieya Rose

Okay.. Ini Jiwang.
hahahah..
who cares! 
Just share some happiness. Is not a mistake i assume.
:)

Thank You Fatieya Rose



Thursday, December 22, 2011

Gimme Some Love

Buat masa sekarang ni.
Aku tak tau macam mana aku boleh cam serabai giler.
Hurm. Kelam kabut.
Cepat down..
Damn~!

Aku ni selalu kasik orang semangat kot...
Kenapa lak tiba-tiba aku jadi cenggini.
Ouh Man...
gimme some strength...

Argh~!

Thank God i have my Hello Kitty with me..
Jangan Monyok~! nanti i down...
huhuhuhu...
anyway...
Exam nak dekat...
assignment pun banyak.
Well... Sendiri pikir....

tU JE kot...
Toodles~!

Assalamualaikum

Tuesday, December 6, 2011

Dari Bongsu ke Tunggal...

Tanggal 1 Disember... Kakak aku Nur Qhistina Binti Khairul Anuar menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur....

Entah kenapa sepanjang dia di wad kan kat HKL aku rasa macam x de mood nak pergi kelas... Rasa macam tak sedap hati. Padahal... Doktor cakap di stabil.
Malam dia dimasukkan dalam hospital tu... teringat aku cakap kat mak..
"Mak, Danial tak nak tengok kakak. Takut lemah semangat. Takut kakak not in good condition. Esok Danial Kelas"
tapi mak aku jawab lembut
"Takpe. Kakak okay. Merah tangan dengan muka dia"

aku pergi ke dalam wad kecemasan. Tengok muka kakak aku. Merah.. Cantik sangat...
Senyum aku lepas tengok dia.. Baru la lega nak balik Campus...

Tapi.. Seminggu aku rasa lain macam... Dalam kepala aku terbayang
"macam mana kalau kakak dah tak ada"

serius aku rasa malas nak belajar dat week.

Teringat pulak masa aku kecik2 dulu...
aku masuk sekolah rendah.. dia masuk asrama..
aku masuk asrama dia masuk university...
haih...
2 beradik je aku...
so... kalau nak mengadu ke...
gtau aku ada gf ke..
dia la tempat aku luah.. pastu suruh jangan bgtau mak...
:)

4 tahun kakak aku di duga... tapi dia tak pernah merungut...
Dia tabah...
everytime aku balik rumah. lepas aku amikkan dia wudu'
aku dah abes solat...
dah abes doa..
dia tak hen ti-henti2 minta doa...

Mak aku salah sorang yang sangat kuat dan tabah...
Dia tak pernah merungut and dia Redha..
Even Doctor pun terkejut bila mak aku tau
side effects kalau bg drugs kat kakak aku...

She's a wonder woman...

Cuma aku terkilan bila orang asyik bertanya kat aku and mak aku.

-Kenapa tak carik orang gaji?
-Kenapa tak bawak qhistina pergi berubat kampung?
-Kenapa tak ikut cakap doktor?
-Amik la orang nurse
-Kenapa tak bgtau qhistina sakit?

Mak aku tak pernah tunjuk muka dia ada masalah...
Kenapa la orang cakap je macam tu...

Cakap memang senang.. Suruh cari tu cuba cari ni...
tapi...
Kalau betul niat ikhlas nak tolong..
Kenapa tak tolong carikan?
kalau setakat suruh mulut je..
Aku pun boleh...
Mak aku jawab benda yang simple je
bila orang tanye kenapa tak bgtau yang qhistina sakit?

dia jawab
"kalau saya bgtau orang. Saya punya masa dengan anak saya akan waste sebab melayan orang bercerita pasal dia. I don't want to miss a sec when i'm with her"

Itu lah mak aku...

Hebat betul orangnya...

tapi Allah lebih sayangkan kakak aku...

Mak, Abah dengan Aku Redha dengan pemergian kakak....

Cantik betul dia...
Nak kebumikan dia...
Langit nampak mendung macam nak hujan...
Tapi tak hujan...
redup sampai la selesai...

Masa aku mandikan dia...
teringat aku selalu mandikan dia dengan mak...
everytime aku balik rumah...
suka aku tengok muka dia lepas mandi...
mata terkebil-kebil sebab sejuk..
COMEL!
Kakak aku memang cantik...
She's the best kakak i've ever had..
No one can replace her...
I LOVE YOU Kakak...
Thank you for being my sister..
DANIAL mintak maaf kalau DANIAL banyak buat kakak terasa...
DANIAL harap kakak ampunkan la semua benda yang DANIAL buat.
DANIAL mintak maaf DANIAL tinggalkan KAKAK 2 minggu dengan MAK sebab pergi UMRAH...
DANIAL SAYANG KAKAK...
SEMOGA ROH KAKAK DICUCURI RAHMAT...

last picture taken 4 days before my sister passed away

2009 family out


2009 family out


2005

im gonna miss you kakak



AL-FATIHAH....

Sunday, November 20, 2011

Addicted

Well.. I don't actually like 
'HELLO KITTY'
Frankly speaking..
I don't like
'PINK'
But... I think i'm 
addicted to this one single Hello Kitty

WHY!??
ARGH...! Can't stop thinking about you

I know u like me as well.. 
Honestly.. I like u.. A lot...
And i Don't Know why!

To my Hello Kitty...
The One and ONLY!
HELLO KITTY!

Hope that you'll never get bored with
me.. Take care my one and Only..




LOTS of LOVE

Sumpah Jiwang post aku hari ni
<3 <3
Hahahah

Monday, November 14, 2011

NAFAS TERAKHIR MONDAY and BLUE (Kucing)

Aku memang suka kucing....
Suka gak la... Sebab biasanya...
Aku suka luah perasaan kat kucing since kredit takde.
kalau kredit ada... Aku luah perasaan kat orang ler..
Duh...

Teringat plak aku kisah 2 hari sebelum aku mengerjakan Umrah...
Aku terlanggar kucing aku Sendiri.. Ye~!
Aku terlanggar Kucing aku sendiri...
Nama dia BLUE...
Sebab apa?
Mata dia biru...
Sangat manja dengan aku...
Dia paling banyak cakar and gigit aku....
Tapi tape...
Dia je yang suka tidur ngan aku and kejut aku subuh...

Tapi tanggal 23r May 2011...
Kucing aku duduk bawah kereta....
and aku tak sedar...
dia kena langgar masa aku reverse kete...
2 hari badan aku mengeletar and menangis..
Kuat Badi dia....

Tanggal 4 November plak...
Cukup 4 tahun kucing pioneer aku.. Monday nama dia...
Kucing paling pandai penah aku jumpa...
kalau aku balik rumah.. dia mesti tunggu seblah pintu kereta...
nak naik kereta dengan aku...
Satu round taman tu...
sambil dia letak tangan dia kat tingkap kereta...
Sambil jenguk tingkap...

Pernah satu hari... Monday naik kereta satu family ngan kitorang...
Time tu balik kampung...
dia tiba-tiba macam sakit sangat...
muka pucat.... suara garau2...
aku dah risau...
time tu jauh lagi nak sampai KL....
ingat kot dia nak muntah ke apa...
sampai KL dia terus carik pot nak kencing....
Dia sanggup tahan dari Taiping ke KL...
Serius aku sangat respect dia...
Monday siap kencing kat toilet! atas mangkuk jamban...

Tapi 4 nov dia hilang... Dia tak balik rumah... 5 hari lepas tu...
Mak aku telefon aku cakap cani...
"danial. Auntie Za baru telefon mak, dia cakap ada kucing mati dalam longkang rumah dia. warna Putih"
aku cepat2 pergi...
Sah...
memang monday...
Menangis jugak aku time tu...
Mak pesan...
"Tangkap gambar dia... Mak tak sempat tengok dia..."
aku tau... mak aku menangis hari tu... sebab Monday la tempat dia bersembang bila aku tiada.
and bila Kakak aku tidur..
Tak apa mak...
Dah masa dia....
Aku sedih sangat bila teringat kucing aku....
Semoga kucing aku doakan aku sekeluarga...

BLUE tdo ngan aku kat Katil


Blue 12 fev 2009 - 23rd May 2011


Monday.. 4 nov 2008 - 4 nov 2011