Masa tu umur aku 4 tahun.
Mak selalu cakap..
"haaa! Keluar la maghrib-maghrib. Nanti kena sorok dengan hantu Kopek."
Aku takkan lupa benda tu.
Mama selalu tanya aku
"awak sayang mama banyak mana?"
lepas tu mula la aku depa kan tangan aku seluas-luasnya..
"banyak ni mak!"
pastu mama akan cakap lagi
"banyak tu je?"
Lepas tu ambil bantal. jadikan pengukur. jauhkan lagi jarak.
"banyak tu je?"
sampai la aku cakap dari rumah ni sampai padang.
pun dia cakap
"banyak tu je?"
sampai satu tahap. aku macam fade up.
"alaaa mak ni... dah banyak la tu.."
masa tu umur aku dalam 5 tahun.
penah satu hari. aku ngan kakak aku buat mak aku marah.
Marah gile. sampai mama taknak bercakap.
Lepas tu mama cakap
"biar la mak lari dari rumah. Biar korang sume tak ada mak."
Aku dengan kakak menangis-nangis depan gate pintu rumah.
duduk layu kat depan pintu rumah.
Nak keluar tak boleh. Mak dah kunci.
sejam setengah duduk depan pintu.
Tiba-tiba mak balik
bawak plastik 'Fajar'
Tak lari pun dari rumah.
Saje berlakon.
'Fajar Supermarket'

Bila dikenang-kenang.
Difikirkan balik. Memang kelakar.
Aku ingat lagi masa mula-mula aku masuk sekolah.
1st day sekolah. Bila balik rumah terus cari mama dulu.
"mak! Danial belajar matematik hari ni. Best"
Senyum mak dengar.
lepas tu mesti dia check baju skolah aku
"ya allah danial. Hitamnya tengkuk"
hahaha.. aku ingat lagi. itu lah yang jadi bebelan dia
setiap kali aku balik skolah.
Tapi aku tak lama dengan MAMA.
2003 aku masuk Asrama Penuh STAR Ipoh.
Jarang jumpa MAMA
1st day tu rasa sayu sangat. Hampir hari-hari aku telefon.
Sekarang. Aku dah pun habis belajar. (Diploma)
Mak tak pernah halang apa yang aku nak belajar.
Dia tak pernah cakap benda yang tak elok pada anaknya.
Dia selalu kuat. Supaya anak dia pun kuat.
Sekarang. Mak dalam satu fasa Ujian.
Ujian daripada Allah S.W.T
Kakak aku tidak dapat bercakap, berjalan.
Hanya terbaring di katil.
Masyaallah.
Kuatnya semangat MAMA jaga kakak
Kuatnya tulang 4 kerat ini yang sudah berumur 51 ini menjaga anaknya.
MAMA...
Danial minta maaf sangat-sangat kalau Danial ada banyak buat salah dekat MAMA.
Danial ingat lagi...
Kecik-kecik.
Danial ada cakap...
"MAMA! MAMA! Nanti danial dah besar. Danial nak bli rumah untuk MAMA! MAMA kena duduk dengan DANIAL tau!"
MAMA...
Danial takut sangat kalau DANIAL hilang MAMA...
Bila MAMA cakap MAMA tak makan sebab jaga kakak.
DANIAL risau sangat.
MAMA..
DANIAL sanggup berhenti belajar,
kerja,
nanti MAMA boleh jaga kakak.
kalau MAMA sakit nanti..
Siapa yang susah.
Tapi dia selalu suruh aku belajar.
"Belajar la Danial. Mama nak tengok awak amik diploma. Mama nak tengok awak pakai jubah. Mama tak pernah merasa belajar sampai Universiti."
Aku pegang kata-kata MAMA.
"Mama, Danial minta maaf. Danial tak dapat jadi top student. Tapi Mak. Danial Harap. Mak bangga Danial dengan Danial."
MAMA...
DANIAL SAYANGKAN MAMA..
I LOVE YOU.......
Nanti kakak dah sihat. Kita bawa kakak pergi Umrah Sama-sama........
taken 2009. Mama and Me.....
;)
ReplyDeleteDanial... Kimslm kt ur MAMA...
ReplyDeletehuhh, sayuu jer tbaca ur blog.
Semoga Kakak cepat sembuh yeaa?
All da best utk kamu Danial. :')
amin~~insyallah..semoga cepat sembuh..:)
ReplyDeleteche onah hensem , aunty paling hensem , yeahh . i love you che onah :)
ReplyDeletedon't make sad sad entries like this one lah! haiyoooo.
ReplyDeleteu're a good guy and a good son danial. ur mom knows best.
hope everything is well with u and hopefully ur sister is getting well soon.
u're a good guy.
Fuzz : :)
ReplyDeleteIyda : WIll do.. Thank you
Syiera : Insyaallah. :)
Alia : Che' Onah Memang da best
Petchai : COuldn't help it chai. It's mother's day
kau kuat daniel. aku percaye tu. =)
ReplyDelete